Perkampungan Cherating Damai terletak 45km dari bandar Kuantan. Mempunyai 230 buah rumah yang terbahagi kepada 3 kategori iaitu rumah teres kos rendah setingkat (RM35 ribu), rumah teres kos sederhana rendah setingkat (RM60 ribu) dan rumah teres kos sederhana rendah setingkat (RM80 ribu). Mula dihuni sejak pertengahan tahun 2008. Berkepadatan penduduk lebih kurang seramai 900 orang.

Penubuhan KRT Perkampungan Cherating Damai mendapat kelulusan dari Jabatan Perpaduan Dan Intergrasi Nasional pada 11 April 2011. Ianya adalah hasil usaha daripada Jawatankuasa Penaja KRT yang sebelum itu telah digerakkan secara muafakat oleh penduduk. Pengerusi Penajanya ialah Encik Baharuddin bin ..... . 

Tanggal 10 Julai 2011 adalah detik bersejarah bilamana majlis perlantikkan Ahli Jawatankuasa yang baru bagi Kawasan Rukun Tetangga Perkampungan Cherating Damai(KRT PCD) telah diadakan dengan jayanya di kawasan padang permainan Perkampungan Cherating Damai. Dalam majlis tersebut turut hadir bagi merasmikan perlantikan tersebut ialah Pegawai Perpaduan Daerah Kuantan iaitu Encik Shahrin bin... , Tok Empat Kampung Cherating, Encik Razak bin.... dan Ketua Polis Balai Beserah, .........

Mesyuarat pertama KRT PCD telah diadakan pada 13 julai 2011 jam 9:30pm di balairaya kg cherating dengan dipengerusikan oleh Pengerusi KRT PCD yang baru iaitu Encik Azharri bin Bujai. Mesyuarat kali pertama itu diadakan bagi memantapkan ahli jawatankuasa yg baru dilantik dan membincangkan hal berkaitan pengurusan, gerakkerja serta perancangan KRT PCD.

Besarlah harapan semua agar dengan adanya KRT PCD ini, ianya dapat menjadi pemangkin perpaduan rakyat, pemuafakatan serta menjamin keselamatan penduduk. Dengan sumbangan tenaga, kerjasama, idea dan kewangan yang dihulurkan oleh penduduk dan bantuan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional, insyaallah.... kami AJK KRT PCD yang dilantik akan cuba dengan sedaya-upaya kami menyempurnakan amanah yang telah diberikan.